Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 9 May 2012

bercakaplah..

Hasil kajian rentas selama beberapa minit dikalangan seorang yg suke bercakap.....menunjukkan..

tahap tekanan utk manusia yg suke bercakap akan mencanak tinggi....jika:
  • dia sakit tekak..batok2...xde suara..
  • dia tidak boleh bercakap...
  • dia tidak boleh menyuarakan apa yg dia mahu suarakan...
  • org lain tidak bercakap dgn dia...
  • dia melihat org yg malas bercakap...
  • dia melihat org yg membisu bile disuruh bercakap...
  • dia melihat org-org yg saling tidak bercakap..
  • org cakap-cakap pasal dia..hahaha..
  • dia jumpe org yg lg byk cakap drpd dia...dia kalah..or dia malas nk lawan...tambahan pula org tu lebih tua drpd dia..lebih byk pengalaman drpd dia...dia kenela akur.....hahahaha..
                                                                                                            (H.Noormaliza, 2012)

sesungguhnyer saya adalah insan yg suke bercakap...adakah salah jika ingin bercakap??? tlglahhh bercakap bile perlu....ada juga jenis2 cakap yg boleh menyelesaikan masalah...ada jua cakap-cakap yg boleh memburukkan lg situasi....berdosa juga kalau tak bercakap antara satu sama lain lebih drpd 3 hari?? betol ker? sila betolkan saya jika saya salah...sbb masa kecik2 dulu slalu cakap...eh kite da xkawan dah 3 hari..jom mintak maap smula.....hahahhaa...

apa2 pon..saya selaku org yg suke bercakap..mengakui.....yg saya mestilah byk bermuhasabah diri..........
byk betol...yg saya lakukan..yg saya cakap...selama ini..mungkin membawa kemudaratan kpd diri sendiri mahupon pd org lain...huhuhuhuhuhuhu....


 Sabda Nabi s.a.w. :
لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِى يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ
Maksudnya ; “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".
  • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar

  • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

  • Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

  • Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

  • Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

  • Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama

  • Jangan bercakap secara berkumam mulut

  • Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang

  • Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

  • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya

  • Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

Wallahua'lam...
jom muhasabah diri..;)

2 comments:

  1. akak suka tengok ---> (H. Noormaliza, 2012)...ada kelaas..:D..ikut APA style gitu...:)

    ReplyDelete
  2. Hahaahaha....mujur xder et al....

    ReplyDelete

anything 2 share??