Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 27 July 2012

Allah berhak memberi dan Tidak memberi

salam Jumaat di bulan Ramadhan yg mulia...sebenarnyer saya dah lama nk share info yg dtg dr sedikit rakaman yg tidak profesional nih...
tp disebabkan sy terlalu ikotkan nafsu amarah saya pd minggu lepas...saya tangguhkan....
haihhh..terok betol kan...huuhuhuu...

haritu cam biasa..sy tgh tgk tv...tekan2 remote..tibe2...ada sesi tazkirah KHAZANAH DARI SYURGA...
saya rasa segala2nya..sprt tertampar2 di pipi saya..mahupon di atas batang hidung saya...huhuhuhuhu...


maapkan saya akan kualiti rakaman yg sgt tidak bagus..rakam dan dan..tang tu jugak.....asal bolehlaaa kan....huhuhuhu...
dan utk sahabat2 yg xdpt atau malas nk membuka video itu....di sini saya kongsikan.....


Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda berputus asa tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Baginda meyakini dan mentauhidkan diri kepada Allah s.w.t bahawa Allah maha memberi...Allah berhak utk memberi dan TIDAK memberi...

Lantas Nabi Zakaria bangun drpd berputus asa dan memanjatkan mujahadah tanpa keluh kesah.

Antara rahsia mujahadah baginda yg patot kita contohi adalah:

1. Nabi Zakaria telah berbaik sangka terhadap Allah s.w.t dan yakin bahawa sesungguhnya doanya akan dimakbulkan.

Firman Allah s.w.t:
"Apabila hambaku berdoa kepadaku, Maka ketahuilah sesungguhnya Aku akan menjawab doanya."

2. Nabi Zakaria mengikhlaskan hati beribadah hanya kpd Allah s.w.t tanpa mengharapkan sebarang balasan.
(kite selalu alpa dan leka diwaktu senang..tetapi sebuk berdoa memohon dikala kesusahan....marilah kiter sentiasa beristighfar dan bertaubat di atas segala perbuatan lepas)

3. Baginda merasakan takdir dan kehidupan adalah Allah yg merancang. Sesungguhnya Allah maha menentukan segalanya..Allah maha mengetahui akan setiap yg berlaku. Baginda redha dgn segala ketentuan dan menganggap segala yg diaturkan oleh Allah s.w.t adalah yg terbaik.

4. Baginda merasakan Allah yg Maha Razak (yg menurunkan rezeki)..yg Maha Wahab (yg maha memberi)...
Baginda meletakkan takdir kpd Allah s.w.t dan terus berdoa dan lagi dan lagi...

5. Yakinlah sesungguhnya setiap doa amat didengari oleh Allah s.w.t. selalulah berzikir..menyeru...Ya Sami ' (yg maha mendengar)...Ya Warith..(yg memberi waris)

di sini saya kongsikan Doa Memohon Zuriat:

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi’
(Surah Al Anbiya’ [21]:89)

"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa”
(Surah Ali Imran [3]: 38)

Saya rasa..walaupon doa yg saya kongsikan byk menjurus pd memohon utk mendapatkan zuriat...

namun...konsep mujahadah Nabi Zakaria patotlah kite contohi...xkirelah dlm keadaan kite yg berada dlm kesusahan.... yg sentiasa dlm keadaan kesempitan kewangan di tempat kerja mahupon dlm kehidupan....yg sentiasa berdoa dipertemukan jodoh...mahupon yg sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan atau kesulitan....

Wallahua'lam ..

Jika apa yg saya kongsikan ini tersalah di mana2..silalah memberi teguran;)


 "orang yang terlalu cepat putus asa, adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

1 comment:

anything 2 share??